 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Keluarga Ku Syurga Ku FotoPage
By: Keluarga Ku Syurga Ku
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 4-Aug-2006 03:34 |
Email | Share | Bookmark |
|
Short Story: Paku di dinding
|
|
Amin my dear, here's a short story for you (in Bahasa Malasia) and Ibu hope you'll learn a lesson from this story. Always remember to be humble in whatever you say and do. Always think before you say or do something. And always pray that Allah will guide along the way to show you the right path, to be successful in this world and hereafter.
You are going to be the eldest brother and you must show a good example to your younger sibling or maybe siblings. You need to guide them, love them and respect them individually and always remind them of the responsibilities toward God, family and country.
| Quote: | Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan
kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati,
adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok
batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di
tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti
sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau
boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak
kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
|
IbuAmin wrote:
| Quote: |
Dd: Nantilah tunggu Iman dah besar.... jenuh nak melayan
Izhal: Kau yg buai anak atau kau yg nak kena buai ni?
Charm: Dah sudah... cakap pasal nachos pulak, dah asyik teringat je... silap2 mimpi pulak mlm ni
|
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|